Seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.
Nama sebenarnya Yusof, lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun 543H atau 1138M. Ayahnya, Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang putera bernama Najmuddin Ayyub (ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera. Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Semasa kecil sehingga meningkat remaja, kehidupan Salahudin sama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur apabila dewasa kelak. Lane-poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis mengenai Salahudin. "Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran ...