Secebis Ihsan
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih membenarkan hamba ini menggunakan kudrat yang ada mencoretkan idea di sini. Gunakan nikmat pancaindera yang telah diberikan. Mari kita lihat suasana dunia sekarang. Pemimpin telah menjadi seperti singa kelaparan. Tidak keterlaluan jika dikatakan zalim. Di mana lagi ruang untuk rakyatnya mengadu nasib? Macam hamba yang lemah ini, hanya boleh memberi komentar di blog sahaja. Jika diizinkan Allah, mahu sahaja berhadapan dengan mereka. Isu di Mesir, demonstrasi terhadap Presiden Hosni Mubarak. Rakyat memprotes supaya beliau berundur daripada tampuk pemerintahan negara itu. Sebabnya, pemerintahan kuku besi disamping menjadikan Amerika Syarikat sebagai tulang belakang pemerintahan beliau. Bila sudah meminta bantuan negara kuasa besar itu, tidak hairanlah pemerintahannya seperti singa kelaparan, malah kucing yang jinak pun boleh menjadi garang. Manakan tidak, penyakit umat sekarang al-wahn. Gila segala-galanya. Korupsi dikalangan sesetengah pemi...