Setelah 4 bulan.
Dengan Nama Allah... Alhamdulillah... Segala puji bagi-Nya yang masih lagi membenarkan aku bernafas & menikmati alam ciptaannya. Subhanallah , hidup di Bumi Allah ini berbagai-bagai cabarannya. Cabaran itu aku lalui dengan pelbagai penyelesaian dengan menggunakan akal fikiran yang waras. Allahu Akbar , hanya Allah yang tahu kecil, besar dan hebat tak hebatnya dugaan itu. Sesekali aku berfikir sendirian, mampukah aku mengahrungi dugaan yang lebih besar lagi. Namun aku percaya dengan takdir Allah. Dia tidak akan membebani hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. Subhanallah. Allah Maha Mengetahui di mana kelemahan dan kekuatan hamba-Nya. Masakan tidak, Dialah yang menciptakan segala makhluk di alam ini. Serba sedikit aku nak berkongsi pengalaman yang telah aku timba dari Universiti Teknologi Malaysia yang tercinta ini. Mengapa aku berkata demikian? Suka aku menamakan universiti ini sebagai Universiti Tarbiah Manusia. Manis bukan? Pelbagai pengalaman yang aku alami, harungi dan temp...