Posts

Tenang aje bila dah jadi mak

Image
Siapa setuju dengan tajuk di atas? Mesti ramai juga yang tak setuju kan? Mana mahunya tenang kalau dah jadi mak ni. Masa anak 6 tahun ke bawah lain perangainya. Anak masuk darjah satu lain pe'elnya.  Anak masuk remaja lain pulak pe'elnya. Nak belajar duduk jauh dengan mak ayah lagi. Nak menikah, berumah tangga lagi, lain pula perangainya. Makin besar makin mencabar. Ada yang ada anak dua orang lain kisahnya. Ada yang anak 5, 6, 7 orang lain pula kisahnya. Kat rumah ni ada dua orang pun macam ada duploh orang. Acanorr.. Si abangnya boleh bawa bincang. Kadang takde bincang-bincang tendang aje si adik tu. Si adik pun sama naik aje. Fasa tantrum kuat. Kalau nak satu benda mesti kena dapat, kalau tak, meraung tak berhenti. Fasa banyak cakap. Banyak tanya. Haa... yang tu tahan telinga je lah. Syukurlah boleh bercakap. Apa yang aku perasan persamaan anak-anak aku dua orang ni, masa umur dua tahun ke atas, tantrum kuat. Banyak menda nak buat sendiri. Susah nak ajak mandi, tapi bila dah

KESAL, SEBAL

Selama mana seseorang itu bergelar HAMBA, dia tak pernah lari dari dosa. Menjadi seorang manusia sudah cukup beruntung kerana, Allah letakkan akal menjadi aset termahal berbanding makhluk lain. Kadang emosi terlajak menguasai diri menandingi akal. Perasaan amarah menjadi modal syaitan mencucuk dalam mencari kesalahan orang lain. Aib sangat aib bila menonjolkan kemarahan. Bila terlanjur marah, timbul rasa kesal. Namun, ada hati lain yang sudah tercalar, terluka dan memendam rasa.

Kembali menulis

Bismillah, Alhamdulillah. Masih lagi diberikan nikmat bernafas dan bernyawa. MasyaAllah tak terhitung nikmat yang Allah berikan pada diri ini. Setelah 4 tahun meninggalkan laman sesawang ni, aku kembali. I'M BACK! Terlalu banyak nak diceritakan. Macam-macam insiden berlaku. Laman sesawang ni aku tinggalkan begitu sahaja setelah aku berpaling ke FB. Huh, mudah betul berlaku curang! Kini, sosial media yang pelbagai buat aku pening. Nak guna yang mana satu. Buka sini, buka sana. Last2 tak de ape pun yang aku update. Sekadar skrol2 berjam-jam lalu masa terbuang begitu saja. RUGI! Semoga dengan kembalinya aku ke laman sesawang ni dapatlah aku update serba sedikit tentang perkembangan diri, anak dan aktiviti-aktiviti harianku. Matlamat utama aku kembali ni adalah untuk update aktiviti yang aku jalankan bersama-sama anak aku nanti, InsyaAllah. Kini aku menunggu waktu kelahiran yang kedua. Tinggal dua minggu sahaja lagi untuk aku melahirkan lagi seorang amanah Allah. Semoga dipermudahkan d

Allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan

Bismillah. Sahaja aku tajukkan entry kali ini dengan doa elakkan kesedihan. Sesungguhnya hadirnya rasa kecewa dan sedih itu datangnya daripada syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Lebih-lebih lagilah pada jiwa wanita yang serba rapuh ini. Rapuh imannya. Entah kenapa rasa jauh sangat dengan Mu Ya Allah. Alpa sungguh hambuMu ini. Layak kah aku menjadi orang yang dipandang oleh Mu? Amal ibadat sekecik kuman itu pun berat nak lakukan. Tetapi hamba Mu ini minta syurga yang besar nikmatnya. Sedarlah diri wahai hamba yang hina. Kau sering lupa dengan ingatan Allah. Tetapi setiap kali dirimu sesat Allah tak pernah lupa untuk mendatangkan asbab untuk mengingatiNya kembali. Dia tak nak kau jauh dari Dia. Sebab dia cinta akan hamba Nya. Kau je yang tak sedar. Kau terlalu kejar cinta dan kasih manusia yang entah ingatkan kau atau tak. Baliklah ke pangkal jalan dan raihlah cinta yang hak. Satu satunya cinta yang benar kekal abadi. 

I am a new person

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selama setahun berdiam diri daripada menulis sebarang rencana di blog ni. Kasihan. Ruangan ini ada untuk dipenuhi dengan coretan. Ye lah. Sudah ada FB, IG dan twitter. Mana naknya masuk laman blog ni. Haruslah ditulis panjang berjela. Ah. Tak pelah. Sekarang kita move on. Kerjaya saya sekarang bukanlah sahaja sebagai suri hati Mr Engineer tapi suri hati anak2 PASTI juga. Hehe. Jadi tak pick up line? Tapi untuk tempoh setahun je la. Bulan lapan ni dah berhenti. Sepanjang bekerja jadi cikgu tadika sangatlah mencabar kesabaran. Need full of patient. Anak2 kecil ni banyak karenah mereka. Semoga saya terus tabah ye. One fine day saya nak buka satu pusat didikan awal kanak2 untuk membantu anak2 belajar mengenal Allah dalam masa yang sama belajar ilmu dunia ni. InsyaAllah. Other than that, our cats are very fine good looking. They are very well healthy and I don't know what else to say, they are lazy cats. HAHA. Oh yea. Several months ago, in May 2016

Bicara bisu tanpa gula

Bicara bisu Lidah Senjata tajam yang mampu menikam hati manusia Baik mahupun buruklah nilaian tusukan itu Bak kata orang Inggeris "Speak is silver, silent is gold" Bila diam membungkam dikatakan emas dalam mulut Bicara apakah yang mahu dituturkan andai topiknya sia-sia Daripada mengeji, mengumpat, mencela Lebih baik mulut ini tertutup membisu Jangan mendiamkan diri tidak bertempat Jika ada yang inginkan nasihat silalah beri Sedaya upaya Hati ibu bapa boleh terluka dengan cemuhan anak Hati anak boleh terluka dengan sindiran ayah bonda Hati isteri terluka sindiran suami Hati suami terluka sindiran isteri Bagaimana mahu rumahtangga yang harmoni? Yang menegur berbudi bahasa Yang ditegur berlapang dada

Bila aku pelihara kucing

Image
Assalamualaikum... Tajuk macam karangan SPM. Dah lama rasanya tak menaip depan dekstop . Besar pulak tu. Hoho. Pinjam dekstop orang. Nak cerita pasal kucing. Sekarang ni ramai yang menjadi pencinta haiwan, lebih-lebih lagi kucing yang comel, cute , gebus gebas bagai. Aku salah seorang daripadanya. Sebelum ni mana pernah terfikir nak jaga kucing. Kalau kucing datang ke rumah jangan harap dapat masuk. Mak aku tak suka. Takut berak kencing merata-rata. Jadi, kalau kucing datang boleh bagi makan kat luar rumah je.  Masa aku di matrikulasi, tetiba jadi takut dengan kucing. Sebab utama, dia kacau aku masa makan. Boleh pulak dia main tudung aku. Fobia habis. Bila di uni pulak, okey sikit la. Dah kurang la masalah fobia kucing ni. Fobia tak seteruk mana pun sampai tak boleh nampak, takut kena cakar je. Bila tengok kucing ni dapat hilangkan  stress sebenarnya. Kecomelan kucing tu yang membuatkan aku suka tengok kucing. Bila baca sedikit sebanyak pasal kucing memang ada kajian y